Covid-19: 95 pulih, 85 kes baru dan 1 kematian

0
61

CYBERJAYA- Sebanyak 95 kes Covid-19 telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini selain terdapat 85 kes baru dan satu kematian dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes telah pulih sepenuhnya dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,197.

Beliau berkata, jumlah kumulatif kes pula ialah sebanyak 5,389 kes dengan 2,103 kes aktif dengan kebolehjangkitan dan mereka ini diasingkan dan diberi rawatan.

“Seperti trend dilihat sejak kebelakangan ini, bilangan kes yang didiscaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

“Sehingga kini, seramai 46 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 26 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat pertambahan satu lagi kes kematian. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 89 kes,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, kes kematian ke-89 (kes ke-4,769) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 51 tahun.

“Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes kes ke-2,726.

“Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 13 April dan disahkan meninggal dunia pada 18 April pukul 6.47 petang,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here