Covid-19: Angka kematian di AS atasi Itali

0
290

NEW YORK – Angka kematian akibat Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) kini mengatasi Itali apabila mencatatkan sebanyak 19,651 kes, semalam.

Itali yang sebelum ini sentiasa mencatatkan angka kematian tertinggi di dunia akibat Covid-19, merekodkan jumlah kes kematian terkumpul sebanyak 18,849 setakat semalam.

Memetik laporan Metro UK, jumlah tersebut meningkat selepas Gabenor New York, Andrew Cuomo mengumumkan sebanyak 783 orang lagi terkorban di negeri tersebut.

Pada masa sama, negara Uncle Sam itu turut mencatatkan jumlah jangkitan positif tertinggi di dunia dengan 508,402 kes.

Malah, AS turut mencatatkan jumlah kematian tertinggi dalam sehari apabila 2,028 orang maut pada Jumaat lalu.

New York kekal menjadi negeri yang paling banyak kes Covid-19 apabila sebanyak 175,000 orang dilaporkan positif dan 8,627 meninggal dunia akibat wabak itu.

Jirannya pula, New Jersey menjadi negeri kedua paling teruk apabila mencatatkan 54,588 kes positif dan 1,932 kematian.

Sementara itu, awal minggu ini, Michigan mengatasi California apabila menjadi negeri ketiga paling banyak kes dengan 22,783 jangkitan dan 1,281 kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here