Covid-19: Angka kematian di Iran meningkat kepada 4,110 kes

0
103

Kianoush Jahanpour

TEHRAN – Sebanyak 1,634 kes baharu Covid-19 dikesan di Iran sejak semalam menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak tersebut setakat hari ini mencecah 66,220 kes.

Menurut Ketua Pejabat Perhubungan Awam Kementerian Kesihatan Iran, Kianoush Jahanpour, dalam tempoh 24 jam ini pula sebanyak 117 pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 4,110 orang.

“Daripada jumlah kes kumulatif jangkitan ini sebanyak 32,309 orang telah sembuh manakala 3,918 kes pula berada pada tahap kritikal,” katanya seperti memetik laporan Agensi Berita Iran (IRNA) hari ini.

Dalam pada itu, katanya, setakat ini sebanyak 231,393 ujian Covid-19 telah dilakukan di negara tersebut.

Iran yang merupakan antara negara paling ramai dijangkiti wabak tersebut telah melakukan perintah kawalan bagi menyekat penularan wabak penyait itu termasuk menutup smeua sekolah, universiti dan mengarahkan semua aktiviti keagamaan dan budaya dibatalkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here