Covid-19: Angka korban di Indonesia tertinggi di ASEAN

0
418

JAKARTA – Indonesia terus mencatatkan angka korban tertinggi akibat Covid-19 di rantau ASEAN apabila mencatatkan 60 lagi kematian semalam menjadikan secara keseluruhan 459 kes setakat ini.

Memetik laporan The Jakarta Post, Pengarah Pusat Pengawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Indonesia, Achmad Yurianto berkata, sebanyak 282 kes baharu pula dicatatkan semalam menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 bertambah kepada 4,839 kes.

Setakat ini, Indonesia mencatatkan kes kematian tertinggi di rantau ini iaitu sebanyak 9.4 peratus, manakala Filipina berada di tempat kedua dengan mencatatkan sebanyak 335 kes kematian dan 5,223 kes positif Covid-19.

Indonesia yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai di rantau ini kini mula bergelut untuk menangani penularan wabak tersebut.

Lebih membimbangkan apabila virus tersebut telah merebak ke semua 34 wilayah di Indonesia dengan Jakarta dan Jawa Barat menjadi lokasi yang mencatatkan paling banyak kes jangkitan Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here