Covid-19: Angka maut di Itali cecah 13,915 kes

0
186
Angka yang maut akibat Covid-19 di Itali terus meningkat sehingga memaksa perintah lockdown dilanjutkan

CYBERJAYA – Itali merekodkan sebanyak 760 lagi kematian akibat Covid-19 semalam menjadikan angka yang maut meningkat semula selepas tiga minggu ‘lockdown’ dikuatkuasakan.

Memetik laporan Bloomberg, angka tersebut meningkat berbanding hari sebelumnya iaitu 727 kes maut.

Bagaimanapun, jumlah yang positif Covid-19 semalam ialah sebanyak 4,668 kes menurun sedikit berbanding hari sebelumnya iaitu 4,782 kes.

Secara keseluruhan jumlah mereka yang dijangkiti wabak tersebut di seluruh Itali ialah sebanyak 115,242 kes manakala angka kematian pula mencecah 13,915 kes.

Sejak awal Mac lalu, Itali telah melaksanakan perintah berkurung di seluruh negara dengan menutup seluruh aktiviti perniagaan dan sebagainya kecuali beberapa sektor penting seperti kesihatan dan kecemasan.

Bagaimanapun, perintah berkurung tersebut yang sepatutnya tamat hari ini dilanjutkan sehingga 13 April ini oleh Perdana Menteri, Giuseppe Conte.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here