
Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI
CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat satu kes seorang bayi yang baru dilahirkan oleh ibu yang juga pesakit positif Covid-19 turut dijangkiti wabak sama.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bayi itu disahkan dijangkiti Covid-19 selepas 18 hari dilahirkan.
Namun katanya, setakat ini belum dapat dipastikan bagaimana bayi berkenaan dijangkiti sama ada ia berlaku ketika dalam kandungan atau sebaliknya.
“Kita belum pasti (bila bayi itu mendapat jangkitan) mungkin berlaku ketika mengandung, tetapi kita tidak pasti.
“Tetapi apa yang kita dapati, dalam proses itu (kelahiran) tidak ada komplikasi berlaku,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini. – MBNews