Covid-19 : Brazil catat kematian tertinggi harian sebanyak 407

0
74

BRASÍLIA – Kementerian Kesihatan Brazil, semalam telah merekodkan 407 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu sekali gus menjadi angka harian tertinggi sejak dilanda pandemik itu.

Memetik laporan agensi AFP, kementerian itu memaklumkan kini mencatatkan 3,313 korban daripada sejumlah 49,492 kes jangkitan wabak berkenaan.

Dilaporkan jumlah jangkitan terus meningkat sejak Presiden Jair Bolsonaro berkelakukan tidak seiring dengan keputusan gabenor negeri yang melakukan sekatan bagi mengekang penularan penyakit berkenaan.

Bagaimanapun Menteri Kesihatan, Nelson Teich menegaskan adalah terlalu awal untuk mengaitkan peningkatan kes kematian itu dengan lonjakan jumlah jangkitan Covid-19.

Sebaliknya beliau berpendapat, ia berkemungkinan adalah hasil peningkatan saringan kesihatan yang dilakukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here