Covid-19: China catat sejarah tiada kematian baharu

0
113
Tiada kematian baharu akibat Covid-19 di China.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

BEIJING – China hari ini mencatat sejarah apabila tiada kematian baharu akibat Covid-19 bagi kali pertama sejak mengumumkan kematian bermula Januari lalu.

Memetik laporan AFP, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata, pandemik itu di negaranya semakin pulih sejak Mac, namun kembali merekodkan kes akibat jangkitan import dari luar negara.

Pihak berkuasa Kesihatan China, melaporkan 32 kes baharu yang semuanya kes import menjadikan keseluruhan jumlahnya adalah 1,033 kes.

“Satu perempat kes terkini itu iaitu 30 kes tanpa gejala baharu juga adalah daripada kes import iaitu jangkitan dari luar negara,” katanya.

China pada mulanya tidak telus berkongsi perkembangan sebenar hingga menjadi kemarahan berikutan virus merebak dengan cepat ke seluruh dunia.

Wabak yang berpunca dari Wuhan pada penghujung tahun lalu dengan ramai penduduk disahkan dijangkiti virus itu.

Sementara itu, pihak berkuasa negara itu mengumumkan Wuhan sebagai bebas epidemik pada Isnin di 45 kawasan penempatan penduduk.

Sehingga kini sebanyak 81,740 kes dan 3,331 kematian dilaporkan di China dengan kebanyakan dari Wuhan dan sekitar wilayah Hubei.

Angka global pula mencatatkan lebih 70,000 kematian dengan Eropah dan Amerika Syarikat terjejas teruk akibat pandemik itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here