Covid-19: Ekonomi Palestin kian parah

0
178

GAZA – Palestin bergelut krisis ekonomi yang disifatkan ‘belum pernah berlaku’ sebelum ini, di tengah-tengah wabak Covid-19 melanda dan akibat pendudukan Israel.

“Pendudukan dan pengepungan Israel serta langkah pencegahan untuk membendung wabak Covid-19 cetuskan krisis ekonomi, jika berterusan, boleh sebabkan bencana yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata ketua Jawatankuasa Kebangsaan Gaza, Jamal al-Khudari dalam satu kenyataan, lapor agensi berita Anadolu.

“Krisis ini besar dan berbahaya kepada pekerja, kilang dan sektor perdagangan, pertanian dan pelancongan,” kata Khudari.

Beliau berkata, ekonomi merudum teruk, khususnya di wilayah Gaza yang berada di bawah pendudukan Israel.

Khudari menyeru negara Arab dan pertubuhan antarabangsa membantu menyokong pelbagai sektor di negara ini yang sebelum ini memang telah terjejas akibat pendudukan rejim Israel.

Sejak 2006, Israel telah mengenakan sekatan di Semenanjung Gaza, didiami hampir dua juta penduduk Palestin dan banyak sektor terjejas termasuk ekonomi, kesihatan dan pendidikan.

Palestin mencatatkan 290 kes Covid-19 setakat ini, dengan dua kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here