Covid-19: Hospital sementara rawat pesakit Wuhan hentikan operasi

0
101

WUHAN – Sebuah hospital sementara di Wuhan di wilayah Hubei, China menghentikan operasinya hari ini selepas wabak Covid-19 semakin berkurangan, lapor agensi berita Xinhua.

Hospital Wuhan Leishenshan merupakan hospital yang dibina hanya dalam masa 10 hari untuk kegunaan merawat pesakit Covid-19.

Kumpulan pesakit yang terakhir dipindahkan ke hospital biasa pada Selasa.

“Penutupan operasi hospital itu satu perkembangan penting selepas berbulan-bulan berjuang memerangi wabak maut itu,” kata Jiao Yahui, seorang pegawai Suruhanjaya Kesihatan Negara.

Pada majlis penutup, doktor dan jururawat mengibarkan bendera dan menulis nama mereka di pakaian rakan-rakan seperjuangan sebagai tanda kenangan.

Pihak berkuasa berkata buat masa ini Hospital Leishenshan tidak akan dirobohkan.

“Kami harap hospital ini tidak akan beroperasi lagi,” kata seorang pegawai daerah diiringi tepukan gemuruh orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here