Covid-19: Ikut garis panduan sebelum pulang ke Malaysia

0
72

CYBERJAYA- Rakyat Malaysia yang positif Covid-19 dan telah pulih perlu mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan sebelum pulang ke negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, golongan itu masih diwajibkan menjalani arahan tertentu seperti kuarantin.

“Mereka kena patuh kepada segala garis panduan di negara mereka berada sebelum negara terbabit izinkan mereka untuk kembali ke negara asal.

“Mereka kena patuh contohnya arahan kuarantin. Kalau positif biasanya kena masukkan dulu ke hospital selama dua minggu,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here