Covid-19: Iran catat 77,995 kes positif, 4,869 kematian terkumpul

0
79
Kianoush Jahanpour

TEHRAN – Iran mencatatkan 1,606 kes baharu jangkitan Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah kes kumulatif akibat wabak tersebut meningkat kepada 77,995 kes.

Menurut Ketua Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Kesihatannya, Kianoush Jahanpour, dalam tempoh 24 jam itu juga sebanyak 92 kes kematian baharu direkodkan.

Katanya, secara keseluruhan sebanyak 4,869 mangsa telah terkorban akibat wabak tersebut.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 52,229 pesakit pula telah sembuh sepenuhnya manakala 3,594 pesakit berada dalan keadaan kritikal.

Jahanpour berkata, sehingga kini sebanyak 310,340 ujian Covid-19 telah dibuat di lebih 100 makmal di seluruh Iran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here