Covid-19: Jangan sebar berita palsu

0
240
Individu yang menyebarkan berita palsu diboleh dikenakan tindakan tegas. Foto internet

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Sebanyak 238 kertas siasatan berkaitan berita palsu Covid-19 telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, setakat hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 170 masih dalam siasatan, manakala 24 kes telah didakwa di mahkamah, 11 diberikan notis amaran dan 13 telah mengaku bersalah.

“Orang ramai boleh menyemak kesahihan berita melalui portal sebenarnya.my. Kerajaan ingin memberi peringatan untuk berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya.

“Jika tidak pasti, jangan kongsi kerana mereka yang berkongsi berita palsu juga boleh dikenakan tindakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini.

Ismail Sabri berkata, pihak PDRM dan SKMM akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here