Covid-19 : Jumlah kematian 190,000 di catat seluruh dunia

0
49

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Sebanyak 190,000 angka kematian akibat Covid-19 dicatatkan di seluruh dunia setakat awal pagi ini.

Memetik laporan Astro Awani, dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan 5,000 kematian.

Laporan yang merujuk statistik Universiti Johns Hopkins itu mendapati empat negara kini mencatatkan kes maut melebihi 20,000.

Merekodkan jumlah kematian 49,759 dengan pertambahan lebih 1,000 kematian dalam tempoh 24 jam telah menjadikan Amerika Syarikat (AS) sebagai negara yang mempunyai angka korban tertinggi.

Itali berada di kedudukan ke dua dengan mencatatkan pertambahan lebih 400 kematian dengan jumlah keseluruhan lebih 25,500 kematian.

Manakala Sepanyol pula menjadi negara ketiga paling teruk dengan pertambahan lebih 457 korban, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 22,157 kematian.

Sementara, Perancis pula merekodkan pertambahan 556 kes kematian dan secara keseluruhan 21,856 kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here