Covid-19: Jumlah kematian di Itali meningkat kepada 15,362 kes

0
152

CYBERJAYA – Itali merekodkan 681 kematian lagi akibat Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian meningkat kepada 15,362 kes.

Memetik laporan berita Andolu Agency, meskipun negara tersebut mencatatkan angka kematian tertinggi di seluruh dunia, jumlah kematian yang dicatatkan semalam menunjukkan penurunan.

Selain itu, trend jangkitan positif virus tersebut juga sedikit perlahan berbanding ketika wabak tersebut menular pada peringkat awal.

Sehingga kini, jumlah yang dijangkiti wabak tersebut mencecah 124,632 kes dan jumlah yang telah sembuh meningkat kepada 20,996 orang.

Menurut Ketua Jabatan Perlindungan Awam Itali, Angelo Borelli, data terkini yang dikeluarkan semalam juga pertama kali menunjukkan angka pesakit yang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) berkurangan 74 pesakit.

Sejak wabak tersebut menular di Itali, wilayah Lombardy terutamanya di bahagian utara masih menjadi lokasi utama jangkitan dan kematian Covid-19 yang sehingga kini sebanyak 8,656 telah terkorban.

Berikutan itu, kerajaan Itali, pada Rabu lalu telah melanjutkan perintah berkurung sehingga 13 April ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here