Covid-19 : Jumlah kematian lelaki lebih tinggi berbanding wanita

0
79

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Kes kematian akibat Covid-19 melibatkan lebih ramai kaum lelaki iaitu sebanyak 75 peratus berbanding wanita iaitu 25 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, antara faktor situasi itu berlaku kerana lebih 30 peratus daripada jumlah kematian keseluruhan kes adalah daripada kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling yang mana majoriti hadir adalah daripada kaum lelaki.

“Dalam perhimpunan di Seri Petaling kebanyakan yang hadir adalah lelaki dan kita dapati kes kematian paling tinggi adalah mereka hadiri perhimpunan itu iaitu lebih daripada 30 peratus, itu satu faktor.

“Faktor kedua mungkin kerana kaum lelaki lebih banyak aktiviti di luar berbanding wanita,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Jelasnya, 50 peratus mangsa yang meninggal dunia juga berusia lebih dari 60 tahun yang mana risikonya lebih tinggi.

“Lebih daripada 85 peratus daripada mereka yang meninggal dunia juga ada masalah penyakit lain. Contoh kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Apabila mereka ini dijangkiti, gejalanya lebih teruk,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here