Covid-19: Kadar kematian di Malaysia 1.6 peratus

0
105

PUTRAJAYA – Kadar kematian pesakit Covid-19 di negara ini berada pada kadar 1.6 peratus berbanding 4.5 peratus kadar kematian global.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia menunjukkan kadar kematian di negara ini masih rendah jika dibandingkan dengan kematian global.

Dr. Noor Hisham berkata, statistik itu berdasarkan maklumat awal jawatankuasa khas mengenai kematian akibat Covid-19 ketika ini.

“Aliran menunjukkan mereka yang meninggal dunia akibat penyakit ini kerana ada masalah komplikasi penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan sistem imunisasi yang rendah membabitkan 67 peratus.
“Faktor kedua pula membabitkan pesakit yang berumur, manakala ketiga, kes yang lambat dirujuk kepada kita walaupun usianya masih muda,” katanya dalam sidang akhbar Covid-19 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, dalam kes pertama, pesakit berumur 34 tahun dan kes pesakit berumur 27 tahun, mereka dirujuk setelah berada di fasa keempat serta kelima.

“Kes berkenaan memerlukan bantuan pernafasan yang menyebabkan mereka tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Sehingga kini, Malaysia mencatatkan 50 kes kematian akibat Covid-19 dengan lima kematian terbaharu dicatatkan hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here