Covid-19 : Kadar kematian rendah, bukti perkhidmatan perubatan negara ditahap baik

0
178

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

PUTRAJAYA – Kadar kematian akibat Covid-19 yang rendah menunjukkan perkhidmatan perubatan di negara ini berada di tahap baik dan memuaskan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia juga membuktikan bahawa pesakit telah dirawat sebaik mungkin oleh pakar-pakar yang terlibat.

“Kalau kita lihat keseluruhan kes kematian kita adalah 1.58 peratus dan dibandingkan dengan negara lain, rata-ratanya dalam lingkungan 5.6 peratus atau pun ada negara yang 4.6 peratus.

“Jadi di negara kita nampaknya kadar adalah rendah dan ini menunjukkan perkhidmatan perubatan diberikan contohnya di wad ataupun Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah pada tahap yang baik dan juga memuaskan di mana pakar-pakar dapat merawat pesakit sebaik mungkin.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pakar-pakar memberikan rawatan yang mantap dan juga berkesan kepada semua pesakit,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here