Covid-19: Kedah negeri ketiga zon hijau

0
301

CYBERJAYA – Selepas Perlis dan Kelantan, hari ini Kedah mencatatkan negeri ketiga zon hijau yang bebas daripada wabak Covid-19.

Menerusi data dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, sebelum ini lima kes positif dikesan melibatkan dua kes di Kota Setar dan satu kes masing-masing di Kuala Muda, Kubang Pasu dan Padang Terap telah pulih.

Perak juga bakal menghampiri zon hijau apabila dua daerah iaitu Kinta dan Manjung masing-masing mencatat satu kes positif Covid-19.

Pulau Pinang pula mencatatkan empat kes positif Covid-19 dengan daerah Seberang Tengah dan Barat Daya masing-masing mencatatkan satu kes positif manakala Seberang Perai Utara, dua kes. 

Berdasarkan data itu juga, tiada zon merah dicatatkan di Sabah walaupun sebelum ini Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Tawau diletakkan dibawah zon merah selepas jangkitan melebihi 41 kes.

Setakat ini sebanyak 88 daerah diletakkan dibawah zon hijau berbanding 12 zon merah dan 57 zon kuning. – MT 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here