Covid-19: Kedah, Perlis, Pulau Pinang perlu lalui tempoh 14 hari sebelum disah sebagai zon hijau

0
3265

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang perlu melalui tempoh inkubasi 14 hari sebelum disahkan sebagai zon hijau dari wabak Covid-19 walaupun tiada kes dilaporkan sejak beberapa hari lalu.

“Memang benar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sejak beberapa hari lalu tiada kes dilaporkan.

“Namun apa yang penting kita perlu menunggu tempoh inkubasi dalam 14 hari sebelum kita mengesahkan ia sebagai kawasan yang bebas atau zon hijau,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, sekiranya dalam tempoh 14 hari tiada kes dilaporkan di tiga negeri itu barulah ia akan diiktiraf sebagai zon hijau.

“Adalah penting untuk kita melindungi zon hijau tidak kira sama ada zon itu meliputi kampung, daerah, mukim atau negeri.

“Jadi kita berharap dalam tempoh 14 hari ini kita boleh kenal pasti zon hijau ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here