Covid-19: Kelantan menghampiri menjadi zon hijau kedua selepas Perlis

0
130
Setakat semalam, Kelantan hanya mencatatkan satu kes aktif Covid-19

CYBERJAYA – Kelantan sedang menghampiri sebagai negeri yang bebas daripada jangkitan Covid-19 apabila sehingga kini hanya merekodkan satu kes aktif di kawasan Tanah Merah.

Berdasarkan jumlah pecahan kes yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan setakat semalam, lain-lain daerah di negeri tersebut telah diletakkan di zon hijau selepas empat kes aktif di Kota Bharu pulih sepenuhnya, semalam.

Dalam pada itu, jumlah zon hijau terus meningkat menjadi 77 daerah manakala daerah dalam zon merah pula berkurang kepada 12 daerah.

Pecahan kes di Semenanjung

Negeri-negeri yang terletak di bahagian utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak juga menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila mencatatkan jumlah kes aktif di bawah lapan kes.

Setakat ini Kedah melaporkan sebanyak lima kes aktif, Pulau Pinang (lapan kes) dan Perak (tujuh kes).

Pecahan kes di Sabah dan Sarawak

Sementara itu, Lembah Pantai terus dikategorikan sebagai kawasan zon merah dengan kes tetringgi iaitu sebanyak 289 kes diikuti Kuching (164), Kepong (88), Kluang (84), Seremban (75), Hulu Langat (72) dan Kota Samarahan (66).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here