Covid-19: Kes baru di Selangor Mansion naik mendadak

0
195
Kes baru di Selangor Mansion naik mendadak

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Kes positif Covid-19 yang direkodkan di Bangunan Selangor Mansion di Jalan Masjid India, naik kepada 43 kes iaitu pertambahan sebanyak 32 kes, sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, situasi itu berbeza di satu lagi bangunan yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Bangunan Malayan Mansion, yang hanya merekodkan empat kes positif, sama direkod seperti semalam.

“Di Bangunan Malayan Mansion, jumlah disaring 783 setakat ini, dan kes positif empat kes tiada pertambahan.

Sementara di Selangor Mansion, jumlah disaring adalah 898 orang, positif 43 kes iaitu pertambahan 32 kes.

“Di Menara One City (yang turut diletakkan di bawah PKPD) jumlah yang disaring adalah 2,054 dan jumlah kes positif masih kekal 30 kes,” katanya pada sidang akhbar hari ini. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here