Covid-19: Kes di Bahau berkait kluster Pasar Borong Kuala Lumpur

0
177

CYBERJAYA- Saringan ke atas 60 peniaga di Pasar Awam Bahau di Jempol, Negeri Sembilan sudah mula dilakukan dan akan diperluas kepada semua kontak rapat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes dikesan di pasar awam itu bukan kluster baru sebaliknya ia adalah jangkitan dari kluster Pasar Borong Kuala Lumpur.

“Ini bukan kluster baharu, kita dapati peniaga ini dari pasar borong Kuala Lumpur dan kembali ke Bahau lalu jalani perniagaan di situ. Kita anggap ia kluster pasar borong.

“Kita akan uji 60 peniaga di Pasar Awam Bahau dan saringan sudah pun bermula. Kita harap dapat kawal dan jangkitan,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan operasi di Pasar Awam Bahau ditutup selama 14 hari bermula esok selepas seorang peniaga di pasar berkenaan disahkan positif Covid-19.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here