Covid-19: Kes discaj melebihi bilangan kes baharu

0
64
Kes Covid-19 discaj melebihi bilangan kes baharu

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Sebanyak 168 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 2,276 kes atau 47.23 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, sekali lagi kes yang discaj hari ini adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

Menurutnya, hari ini sebanyak 134 kes baharu menjadikan jumlah kes positif baharu Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,817 kes.

“Sehingga kini, seramai 66 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 36 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala kes kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,464 kes dan mereka telah diasingkan serta diberi rawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr. Noor Hisham berkata, menerusi maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness
and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19.

Katanya, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 77 kes atau 1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Menurutnya, kes kematikan ke-77 (kes ke-703) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung, darah tinggi dan buah pinggang.

“Pesakit itu merupakan peserta perhimpunan di Seri Petaling, telah dirawat di Hospital Melaka pada 31 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia pagi tadi.

“Pihak KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here