Covid-19: Kes positif hampiri 2.5 juta di seluruh dunia

0
64

NEW YORK – Wabak Covid-19 yang melanda dunia kini telah meragut lebih daripada 170,000 nyawa.

Menurut portal The Guardian, data terbaharu yang dikumpul oleh Universiti Johns Hopkins meletakkan angka kematian pada 170,324 orang.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 42,308 mangsa yang maut adalah dari Amerika Syarikat.

Jumlah kumulatif kes positif di seluruh dunia pula makin menghampiri 2.5 juta kes, dengan data terbaharu menunjukkan sebanyak 2,477,426 orang sudah disahkan positif di seluruh dunia.

10 buah negara dengan bilangan kes kumulatif Covid-19 tertinggi:

1) Amerika Syarikat – 787,370
2) Sepanyol – 200,210
3) Itali – 181,228
4) Perancis – 156,480
5) Jerman – 147,065
6) United Kingdom – 125,856
7) Turki – 90,980
8) China – 83,849
9) Iran – 83,505
10) Russia – 47,121

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here