Covid-19 : Kes pulih dua kali ganda berbanding kes positif

0
67

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Jumlah kes yang pulih terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 103 kes dibenarkan didiscaj dan 50 kes baharu positif Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,452 kes atau 62.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata, sehingga pukul 12 tengah hari, terdapat 50 kes baharu yang telah dilaporkan.

“Jumlah kes positif Covid-19 adalah sebanyak 5,532 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,987 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Sebanyak 43 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 25 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini.

Katanya, terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 93 kes atau 1.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kes kematian ke-93 adalah kes ke-5,483 merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah dan darah tinggi.

“Pesakit itu telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 April lalu dan disahkan meninggal dunia hari ini pukul 9.15 pagi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here