Covid-19: Kes pulih terus meningkat

0
100
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (tengah) ketika sidang akhbar Kementerian Kesihatan hari ini.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Kes jangkitan Covid-19 terus menunjukkan perkembangan positif apabila 75 kes pulih daripada jangkitan wabak itu setakat pukul 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes pulih itu menjadikan jumlah keseluruhan sembuh daripada jangkitan Covid-19 ialah 4,032 kes atau 68.9 peratus.

Katanya, sebanyak 31 kes baharu direkodkan setakat hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 5,851 kes positif.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,718 kes. Mereka diasingkan dan diberi rawatan.

“Sehingga kini, seramai 36 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah itu, 17 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan Covid-19, sekali gus jumlah keseluruhan angka korban adalah sebanyak 100 orang.

“Kes kematian ke-100 (kes ke-3,628) adalah lelaki warga Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung.

“Mangsa dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 4 April lalu dan disahkan meninggal dunia 9.40 pagi tadi,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here