Covid-19 : Kluang catat 12 kes baharu

0
94

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Daerah Kluang mencatatkan 12 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan yang dijangkiti setakat hari ini adalah 147 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 12 kes terbaharu itu dikesan dari Bandar Baru Ibrahim Majid.

“Jumlah penduduk Kluang adalah sebanyak 3,755 dan jumlah disaring setakat ini adalah 1,634.

“Semalam saya umumkan jumlah yang positif adalah 135 dan hari ini ada pertambahan 12 kes positif.

“Bandar Baru Ibrahim Majid ada pertambahan 12 kes semalam diumumkan 100, hari ini 112 kes,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here