Covid-19 : Kluster baharu di kesan di Sendayan

0
235

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Negeri Sembilan melibatkan kluster baharu di Sendayan.

Menurutnya, kluster baharu itu mencatatkan sebanyak 39 kes positif melibatkan 13 pelajar tahfiz dan sebuah keluarga terdiri daripada 11 orang serta 15 ahli lembaga pengarah sebuah syarikat.

“Ya memang ada kluster baharu..Sekarang ini kita ada 28 kluster. Tapi kluster ini masih kluster kecil.

“Kluster paling besar adalah kluster jemaah tabligh di Seri Petaling iaitu lebih kurang 39 hingga 40 peratus,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, tindakan bersepadu sedang dilaksanakan oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) di lapangan bagi memastikan penularan virus di kawasan itu dapat dibendung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here