Covid-19: Malaysia berada pada fasa pemulihan, bukan kemuncak kes

0
155

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Tahap penularan wabak Covid-19 dalam negara kini berada dalam fasa pemulihan susulan kejayaan mengawal dan mengurangkan jumlah kes jangkitan penyakit itu dari semasa ke semasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan itu adalah sangat penting bagi semua pihak untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

“Sebelum ini ada pihak menjangkakan pada pertengahan April akan terdapat 6,300 kes positif Covid-19 dalam negara tapi kita tidak nampak kemuncak jangkitan ini berlaku.

“Ini kerana PKP fasa pertama dan kedua telah berjaya melandaikan puncak jangkitan, jadi kita nampak ini merupakan fasa pemulihan bukan kemuncak kes,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Data terkini Covid-19 di Malaysia setakat hari ini

Dalam pada itu, ditanya mengenai 39 kes jangkitan baharu di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Selangor Mansion, katanya, pertambahan kes itu disebabkan terdapat pesakit yang dijangkiti penyakit itu dalam tempoh inkubasi Covid-19 selama 14 hari yang ditetapkan.

Namun begitu, katanya, situasi di kawasan tersebut masih terkawal dan tidak perlu dibimbangkan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here