Covid-19: Naik 14 kes Pusat Bandar Utara dan Pasar Borong Kuala Lumpur

0
168

CYBERJAYA- Kes positif Covid-19 membabitkan kluster di Pusat Bandar Utara dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur naik 14 kes menjadikan jumlah keseluruhan 69 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Menara Plaza City One, turut menyaksikan pertambahan sebanyak 21 kes lagi menjadikan jumlah keseluruhan 53 kes.

“Jumlah kes di Menara Plaza City One ini membabitkan sebanyak 39 warga asing dan ada satu kematian,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini Pusat Bandar Utara dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) keenam.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here