Covid-19: Neymar sumbang AS$1 juta

0
102
Neymar menyumbang AS$1 juta kepada negara kelahirannya untuk membantu mereka yang terkesan dengan Covid-19. Foto Instagram Neymar

CYBERJAYA – Bintang bola sepak terkenal dunia, Neymar menyumbang AS$1 juta kepada negara kelahirannya, Brazil dalam melawan Covid-19.

Menurut laporan stesen televisyen tempatan, SBT, pemain bintang Paris Saint Germain itu menyumbangkan separuh daripada wang tersebut kepada Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) dan bakinya kepada tabung kebajikan yang ditubuhkan oleh kawan baiknya, Luciano Hulk.

Neymar, 28, mengikut jejak langkah rakan sepasukannya Kylian Mbappe, yang turut menyumbangkan satu jumlah yang tidak didedahkan kepada Perancis bagi membantu memerangi wabak Covid-19.

Minggu lalu, penyerang sensasi Brazil itu dikritik hebat dalam media sosial selepas menunjukkan foto dia bersama sekumpulan rakannya sedang bergembira di sebuah gelanggang bola tampar pantai di sebuah vila mewah miliknya di Mangaratiba, iaitu terletak di luar bandar raya Rio ketika penduduk di negara tersebut sedang bergelut dengan Covid-19.

Bagaimanapun, pasukan medianya menafikan berita itu dan menyebut bahawa Neymar sedang dikuarantin bersama kawannya yang datang dari Perancis di sebuah kawasan yang sangat jauh daripada orang ramai.

Gambar Neymar bersama rakannya yang mencetuskan kritikan ramai pihak ketika Brazil sedang bergelut dengan Covid-19. Foto Instagram Neymar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here