Covid-19: NGO akur syarat agihan bantuan ditetapkan JKM

0
248

KLANG – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bandar ini akur dengan syarat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar proses menyalurkan bantuan mendapat kelulusan agensi tersebut.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Pusat Dalam Komuniti (PPDK) Bandar Botanic, Datuk Nor Shabudin Monil, sebagai NGO prihatin pihaknya akan sentiasa memastikan segala arahan baharu kerajaan dipatuhi.

“Hari ini kita menyampaikan bantuan bahan makanan di tiga lokasi sekitar bandar ini. Ia melibatkan 500 penerima.

“Antara kawasan terlibat adalah Taman Permai Indah Pandamaran, Pangsapuri Klang Jaya dan PPDK Klang,”katanya di Taman Klang Jaya di sini hari ini.

Nor Shabudin berkata, hanya dua orang sahaja dibenarkan untuk melaksanakan tugas menyampaikan bantuan tersebut.

Katanya lagi, setiap kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja menghantar bantuan telah dikenal pasti siapa penerimanya.

“Kita juga akur dengan segala garis panduan melibatkan orang ramai yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Selain memakai topeng muka kita juga menjaga jarak satu meter dengan para petugas dan penerima bantuan. Ini bagi memastikan kesihatan dan keselamatan para petugas terjamin,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here