Covid-19: Pengiktirafan dunia ‘hadiah’ petugas barisan hadapan negara

0
140
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Pengiktirafan dunia yang diterima Malaysia dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 adalah hasil usaha petugas barisan hadapan negara yang bertungkus-lumus memikul tugas masing-masing.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menzahirkan penghargaan itu sambil menyifatkan golongan itu sebagai wira negara yang bekerja keras sejak dari awal wabak itu dikesan.

Katanya, ia merangkumi Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan pelbagai agensi lain termasuk sukarelawan.

“Saya bagi pihak kerajaan menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan atas kerja keras dan sumbangan cemerlang yang ditunjukkan mereka sehingga wabak ini mampu ditangani dengan baik.

“Mereka sanggup mengambil risiko berdepan sesuatu yang cukup asing, yang tidak pernah mereka tangani sebelum ini,” katanya dalam sidang video yang disiar melalui hantaran menerusi laman Facebook di sini, hari ini.

Muhyiddin Yassin

Sidang video pagi ini turut disertai Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur; Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit, Dr Yasmin Mohamed Gani; dan tujuh anggota perubatan di pelbagai peringkat yang terbabit memerangi Covid-19 di hospital itu.

Muhyiddin menyifatkan pengiktirafan itu adalah hadiah hasil keringat dan peranan yang dimainkan semua barisan hadapan dalam menjayakan langkah yang diambil kerajaan.

“Kita adalah antara yang terbaik di dunia! Namun, saya ingatkan bahawa perjuangan belum berakhir. Masih banyak yang perlu kita lalui.

“Saya bagi pihak kerajaan menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan atas kerja keras dan sumbangan cemerlang yang ditunjukkan mereka sehingga wabak ini mampu ditangani dengan baik,” tambahnya.

Muhyiddin juga melahirkan perasaan gembira apabila mengetahui petugas barisan hadapan kini sudah mempunyai masa untuk bertemu ahli keluarga masing-masing, selain berterima kasih kepada ahli keluarga petugas yang memahami dan merestui tugasan mereka. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here