Covid-19: Perancis catat 509 lagi kematian

0
83
PETUGAS perubatan merawat pesakit yang dijangkiti COVID-19 di sebuah khemah di halaman Hospital Henri Mondor, Creteil. – Foto AFP

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

PARIS – Perancis mencatatkan angka tertinggi kematian Covid-19 sejak wabak itu bermula dengan 509 disahkan meninggal dunia di hospital, menjadikan jumlah korban keseluruhan kepada 4,032.

Memetik laporan agensi AFP, jurucakap Kesihatannya, Jerome Salomon berkata, sehingga kini, 24,369 orang dirawat di hospital dengan 6,017 daripadanya menerima rawatan intensif.

Solomon turut memaklumkan angka kematian pada Selasa lalu meningkat kepada 499 orang.

Angka yang diumumkan itu hanya terhad kepada pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di hospital dan tidak termasuk kematian di rumah atau berada di rumah orang tua.

Katanya, angka kes baharu turut meningkat daripada 4,861 kes kepada 56,989 orang keseluruhannya.

Bagaimanapun, katanya, masih banyak kes yang tidak didaftarkan disebabkan kekurangan kit saringan.

Solomon menambah, angka bagi pesakit yang menerima rawatan rapi sudah melebihi kapasiti sebelum daripada bermulanya krisis itu, iaitu kira-kira 5,000 orang.

Perancis menguatkuasakan perintah berkurung sejak 17 Mac lalu dalam usaha memperlahan penyebaran wabak itu.

Setakat ini, Perancis menjalankan ujian saringan kepada lebih 30,000 rakyatnya setiap hari, angka ini jauh lebih sedikit berbanding negara jirannya, Jerman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here