Covid 19: PKPD Simpang Renggam sambung hingga 14 April

0
78
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam dan Kluang dilanjutkan hingga 14 April.

SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua kawasan dekat Simpang Renggam, Kluang, Johor dilanjutkan sehingga 14 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lanjutan lima hari berkenaan adalah bagi memberi ruang kerajaan menyelesaikan beberapa perkara.

“Mesyuarat hari ini bersetuju PKPD di Simpang Renggam dilanjutkan sehingga 14 April untuk kerajaan selesaikan beberapa perkara yang masih dalam tindakan,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Ismail Sabri berkata, mesyuarat khas hari ini juga membincangkan mengenai prosedur operasi standard (SOP) kawalan penularan Covid-19 mengikut pembahagian zon seperti merah, kuning dan hijau di seluruh negara.

Katanya, perbincangan seterusnya berhubung perkara itu akan diperincikan secara lebih lanjut esok, sebelum kerajaan mengumumkan sebarang keputusan rasmi.

“Majlis Keselamatan Negara ada kemukakan cadangan SOP itu, malah Kementerian Kesihatan (KKM) juga memperincikan kawasan yang berkaitan dengan ketiga-tiga zon.

“Kita akan bincang mengenai perkara ini secara lebih lanjut esok,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here