Covid-19: PM UK dimasukkan ke ICU

0
242
BORIS JOHNSON

CYBERJAYA – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebentar tadi setelah keadaan kesihatannya didapati merosot.

Menurut portal The Guardian, keputusan tersebut dibuat oleh pasukan perubatan dari Hospital St. Thomas di London yang memantau keadaan Johnson, 55, sejak dia menjalani proses kuarantin akibat positif Covid-19 sejak minggu lalu.

Buat sementara ini, tugas beliau disandang oleh Setiausaha Luar Negara, Dominic Raab.

Sementara itu, Istana Buckingham dalam satu kenyataan berkata, Ratu Elizabeth telah dimaklumkan mengenai perkembangan terbaharu ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here