Covid-19: Presiden Brazil pecat Menteri Kesihatan

0
189
Luiz Henrique Mandetta

BOGOTA – Presiden Brazil, Jair Bolsonaro memecat Menteri Kesihatan, Luiz Henrique Mandetta berikutan pertikaian mengenai langkah pencegahan pandemik Covid-19.

“Saya baru dimaklumkan Presiden Jair Bolsonaro mengenai pemecatan saya dari Kementerian Kesihatan. Saya berterima kasih atas peluang yang diberikan,” katanya seperti dilaporkan agensi berita Anadolu.

Tindakan itu bukan satu kejutan kepada rakyat Brazil yang sering melihat kedua-dua pemimpin itu bertikam lidah.

Kedua-duanya, sejak beberapa minggu lalu sering berbalah mengenai langkah isolasi yang perlu diambil negara itu.

Mandetta tegas dengan pendiriannya untuk mengenakan pengasingan sosial lebih meluas tetapi dibantah Bolsonaro yang menyifatkan langkah itu tidak perlu serta menjejaskan ekonomi.

Keputusan memecat Mandetta bagaimanapun dilihat boleh mengakibatkan negara itu berdepan risiko kesihatan dan politik yang sangat besar kerana dijangka memasuki puncak penularan wabak dalam beberapa hari lagi.

Sehingga petang Khamis, Brazil melaporkan 30,425 kes Covid-19 dan 1,924 kematian, menurut Johns Hopkins University.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here