Covid-19: Singapura bina fasiliti mega sementara di pelabuhan

0
130

SINGAPURA – Kerajaan Republik Singapura membina sebuah fasiliti besar di Terminal Tanjong Pagar akan digunakan untuk penginapan kepada pesakit Covid-19 dan pekerja asing yang disyaki menghidap wabak itu.

Menurut The Straits Times seperti dipetik portal Berita Harian Singapura, jumlah kes jangkitan wabak tersebut dalam kalangan pekerja asing kian bertambah.

Menurut portal tersebut, kemudahan sementara itu boleh menampung sehingga 15,000 orang.

Lawatan The Straits Times di kawasan itu menunjukkan perkhemahan besar dibina termasuk kren-kren yang ada di situ.

Kelihatan juga beberapa bariasn kereta turut berada di tempat tersebut.

Lori yang membawa bahan pembinaan juga dilihat memasuki terminal itu yang sebelum ini telah dikosongkan sejak operasi pelabuhan itu dialihkan ke Tuas.

Sehingga Rabu lalu, kira-kira lima atau enam barisan khemah besar sudah disiapkan di terminal berkenaan berikutan kebanyakan operasi terminal itu telah dipindahkan sejak tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here