Covid-19: Singapura catat 1,426 kes baharu, pesakit positif melebihi 8,000 orang

0
200

SINGAPURA – Singapura mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi hari ini apabila sebanyak 1,426 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak tersebut mencecah 8,0124 kes setakat ini.

Memetik laporan Channel News Asia, Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan bahawa majoriti kes baharu itu melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Dalam pada itu, 16 kes lagi pula melibatkan rakyat negara itu dan pemegang kad pemastautin tetap.

“Pihak kementerian masih berusaha untuk mengumpul maklumat terperinci dan maklumat terkini akan dikongsi menerusi satu kenyataan akhbar,” ujarnya.

Semalam, negara jiran Malaysia itu mencatatkan sebanyak 596 kes baharu Covid-19 sekali gus menjadikan Singapura mempunyai kes jangkitan paling tinggi rantau ASEAN dengan diikuti Indonesia dan Filipina.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here