Covid-19: Singapura catat 596 kes baharu, pesakit positif melebihi 6,000 kes

0
126

Pekerja asing duduk di tangga di salah sebuah asrama pekerja asing di Singapura

SINGAPURA – Jumlah jangkitan Covid-19 di Singapura terus mencatat pertambahan hari ini apabila 596 orang disahkan positif wabak tersebut hari ini.

Memetik laporan Channel News Asia menerusi satu kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan Singapura, pertambahan itu menjadikan jumlah jangkitan kumulatif melonjak kepada 6,588 kes.

Menurut laporan itu, majoriti yang dijangkiti wabak itu merupakan pekerja asing yang tinggal di asrama selain 25 orang merupakan pesakit berstatus pemastautin tetap.

“Kami masih mendapatkan perincian terhadap kes baharu ini dan maklumat terkini akan dikongsi melalui kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan malam ini,” katanya.

Semalam, negara jiran Malaysia itu mencatatkan sebanyak 4,162 kes yang diklasifikasikan sebagai residen asrama; 284 pekerja asing yang mempunyai permit tetapi tidak tinggal di asrama; 977 kes komuniti setempat dan 569 kes import.

Selain itu, Singapura juga mewartakan 12 daripada 20 asrama sebagai lokasi pengasingan iaitu melibatkan asrama yang didiami warganegara dari Bangladesh, India, China and Myanmar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here