Covid-19: Statistik global terus meningkat

0
101
Gelandangan duduk di depan kedai di jalan Via del Corso tempat tumpuan beli belah di Rom, Itali ketika perintah berkurung bagi menghalang wabak the COVID-19. – Foto AFP

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

PARIS – Statistik jangkitan Covid-19 global merekodkan peningkatan kes kematian wabak itu kepada 41,072 kes, menurut satu laporan yang dikumpulkan AFP, dari sumber rasmi, semalam.

Lebih daripada 828, 240 kes baharu didaftarkan di 186 negara dan wilayah semenjak pandemik wabak ini muncul di China pada Disember lalu.

Daripada jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan, sekurang-kurangnya 164,900 kes sudah kembali pulih sepenuhnya.

Jumlah yang dikumpulkan oleh pejabat AFP dari pihak berkuasa negara dan maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mungkin hanya sebahagian daripada angka sebenar jangkitan.

Kebanyakan negara hanya melakukan saringan bagi kes yang memerlukan rawatan lanjut di hospital.

Dalam tempoh 24 jam lalu, lebih 4,396 kes kematian direkodkan, dengan angka tertinggi dicatatkan di Sepanyol sebanyak 849 korban COVID-19, manakala 837 orang di Itali dan Amerika Syarikat (612).

Selain itu, kes baharu turut meningkat kepada 70,404 kes.

Negara yang paling tinggi rekod kematian setakat ini iaitu Itali kini merekodkan sejumlah 12,428 kes kematian daripada 105,792 kes keseluruhan.

Kes baharu yang direkodkan semalam sebanyak 4,053, dengan pihak berkuasa Itali turut mengesahkan 15,729 kes sudah pulih sepenuhnya.

Selepas Itali, Sepanyol berada di tempat kedua bagi kes kematian, iaitu membabitkan 8,189 kes daripada jumlah keseluruhannya, iaitu 94,417 kes.

Perancis setakat ini merekodkan 3,523 kes kematian daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu 52,128.

Selain itu, Amerika Syarikat turut mengesahkan kes kematian yang agak tinggi iaitu 3,440 daripada 174,467 kes keseluruhan.

China pula merekodkan 48 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu dengan hanya satu kematian. Jumlah yang disahkan sembuh mencecah kepada 76,052 orang.

Dalam perkembangan lain, Isnin lalu, Trinidad dan Tobago, Myanmar, Tanzania, Mauritania, Ivory Coast dan Belarus merekodkan kematian pertama COVID-19, sementara di Burundi, Sudan Selatan dan Sierra Leone melaporkan kes pertama.

Bagi pecahan kes mengikut benua, benua Eropah paling teruk terjejas dengan 29,912 kematian daripada 452,978 kes, manakala negara di Asia Barat merekodkan sebanyak 3,008 kematian daripada 55,578 kes keseluruhan.

Ia diikuti oleh benua Amerika Selatan dan Caribbean, iaitu 508 kematian daripada 171,191 kes, manakala benua Afrika mencatatkan 195 kes daripada jumlah penduduk dijangkiti sebanyak 5,968.

Oceania merekodkan kes terendah setakat ini dengan 22 kematian daripada 5,224 kes keseluruhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here