Covid-19: Sub-kluster di Rembau berkaitan perhimpunan Sri Petaling

0
148
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan mengesan sebuah sub-kluster di Daerah Rembau, Negeri Sembilan yang berkaitan dengan perhimpunan di Sri Petaling.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, inii merupakan satu kluster yang melibatkan kakitangan sebuah sekolah dan kemudiannya beberapa lokaliti di dalam Daerah Rembau iaitu di kawasan Pedas, Pilin, Kundur dan Batu Hampar.

Katanya, sehingga hari ini, terdapat 27 orang yang telah dikenal pasti positif Covid-19, termasuk dua kes yang dirawat di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Menurutnya, kluster ini mula dikesan apabila keputusan ujian Covid-19 adalah positif bagi beberapa guru di sebuah sekolah.

“Penularan ini dipercayai berpunca daripada satu mesyuarat yang diadakan di sekolah berkenaan di mana ia telah dihadiri oleh kes indeks kes ke-448 yang merupakan salah seorang peserta perhimpunan di Sri Petaling.

“Guru-guru dan kakitangan sekolah yang dijangkiti seterusnya menjangkiti ahli keluarga mereka dan penduduk kampung sehingga terdapat tiga generasi jangkitan,” katanya.

Katanya, hasil siasatan juga mendapati terdapat aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara untuk melawat ahli keluarga yang tidak sihat, walaupun negara kini adalah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here