Covid-19: Tiada jangkitan pengendalian kes di HUS

0
100
KKM menafikan tiada kes berpunca daripada pengendalian kes yang disahkan positif dari wad Covid-19 serta ICU di Hospital Umum Sarawak.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada kes berpunca daripada pengendalian kes yang disahkan positif dari wad Covid-19 serta Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakkan kes daripada kluster di HUS adalah berkait rapat dengan kluster terbesar di Kuching iaitu kluster persidangan keagamaan di sebuah gereja yang melibatkan 29 kes atau 51.8 peratus.

Katanya, sehingga semalam, seramai 2,003 orang kontak rapat telah dikenal pasti susulan aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (active case detection) yang dijalankan oleh KKM.

“Didapati 1,950 anggota kesihatan adalah negatif ujian pengesanan Covid-19. Susulan penularan jangkitan Covid-19 ini, langkah pengekangan dan pembendungan yang ketat sedang dijalankan, termasuk proses nyah cemar di semua kawasan yang berkaitan.

“Selain itu juga, aktiviti mobilisasi anggota dari hospital dan klinik kesihatan
Berdekatan dan mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing) serta pemakaian
kelengkapan pelindung diri (PPE) mengikut keperluan selain pemantauan yang ketat di semua kawasan umum,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, pihaknya juga turut memindahkan pesakit rendah imun ke fasiliti berdekatan selain mengaturkan tempat kediaman anggota kesihatan.

Dalam masa sama, pihaknya juga membuat saringan menyeluruh secara berkala di semua lokasi berisiko tinggi dalam hospital dan kesemua anggota kesihatan yang terbabit akan menjalani ujian saringan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Katanya, KKM telah memulakan aktiviti perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan
psikososial (MHPSS) di semua fasiliti kesihatan KKM termasuk aktiviti bantuan awal psikologi (Psychological First Aid) secara individu dan berkumpulan.

“Sokongan emosi dan kaunseling kepada anggota-anggota kesihatan turut diberikan melalui perkhidmatan dalam talian yang telah diwujudkan di peringkat hospital dan negeri.

“Langkah-langkah pembendungan secara aktif ini telah diambil bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan di HUS adalah terjamin.

“Sehingga kini, perkhidmatan kritikal di HUS berjalan seperti biasa dan KKM sememangnya memantau rapi perkara ini,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here