Covid-19: Tiada warga kerja KKM dijangkiti ketika bertugas

0
99
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham.

SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan tiada satu pun warga kerjanya dijangkiti Covid-19 ketika menjalankan tugas di wad atau Unit Rawatan Rapi (ICU) wabak tersebut setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham berkata, isu jangkitan di barisan hadapan kesihatan berlakunya di hospital swasta.

Katanya, pihaknya juga telah melakukan dua mesyuarat dengan pihak swasta pada 1 dan 12 Mac lalu supaya pihak pengurusan hospital dan klinik swasta dapat meningkat langkah langkah pencegahan untuk mengelakkan mereka daripada jangkitan.

Menurutnya, setakat hari ini, seramai 181 orang barisan hadapan KKM yang dijangkiti manakala dua kematian mempunyai sejarah perjalanan ke Turki dan Indonesia serta tiada kaitan dengan jangkitan Covid-19 semasa bekerja.

“Dan daripada jumlah 181, 67 peratus atau 122 orang dijangkiti di luar kawasan hospital. Mereka ini telah menghadiri majlis perkahwinan dan sebagainya dan datang ke hospital lalu menjangkiti rakan-rakan mereka.

“Jika kita lihat, secara keseluruhan ada 36 orang yang dijangkiti semasa mereka berkhidmat di klinik ataupun ICU tetapi barisan hadapan yang dijangkiti wabak ini apabila ada pesakit tidak memaklumkan kepada doktor mereka ada hubung kait dengan konteks rapat wabak Covid-19 dan para barisan hadapan tidak memakai peralatan perlindungan diri atau PPE ketika itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar, hari ini.

Dr. Noor Hisham turut menegaskan tiada seorang pun yang berkhidmat di wad atau ICU Covid-19 dijangkiti setakat ini.

Katanya, ini kerana para barisan hadapan mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan memakai PPE semasa melakukan tugas.

“Kita lihat 20 peratus jangkitan di hospital dan 80 peratus jangkitan luar kawasan hospital ,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here