Covid-19: Tiga kluster dikesan di Sarawak

0
84
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti tiga kluster membabitkan
kluster keagamaan di sebuah gereja di Kuching, Person Under Investigations (PUI) Itali dan kluster Hospital Umum Sarawak (HUS) di Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster persidangan keagamaan di sebuah gereja di Kuching yang mencatatkan satu kes baharu hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 176 kes.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 86 kes discaj yang telah pulih sepenuhnya, 85 kes masih dirawat di wad biasa di hospital, dua kes di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurutnya, kluster itu juga mencatatkan tiga kes kematian iaitu kes ke-358, kes ke-2,471 dan kes ke-2,864.

“Bagi kluster Person Under Investigations (PUI) Itali tiada kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 kluster ini kekal 63 kes.

“Daripada jumlah kes positif Covid-19 tersebut melibatkan 26 kes discaj yang telah pulih sepenuhnya, 31 kes sedang dirawat di wad biasa di hospital dan satu kes kritikal di ICU,” katanya dalam sidang akhbar, di sini.

Dr. Noor Hisham berkata, kluster itu juga menyebabkan lima kes kematian iaitu kes ke-1,031, kes ke-1,032, kes ke-1,006, kes ke-2,850 dan kes ke-2,210.

Tambahnya, kluster Hospital Umum Sarawak (HUS) melibatkan anggota kesihatan hospital tersebut terdapat dua kes baharu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 setakat hari ini sebanyak 56 kes.

“Daripada jumlah kes positif Covid-19 dari kluster HUS melibatkan 35 kes discaj yang telah pulih sepenuhnya dan 21 kes sedang dirawat di hospital,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here