Covid-19: Trump beri amaran kepada China

0
249

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam memberi amaran bahawa China akan menanggung akibat jika bertanggungjawab terhadap penularan virus Covid-19.

Amaran itu dikeluarkan selepas beliau percaya bahawa China bersikap kurang telus selepas penularan wabak itu di Wuhan pada akhir tahun lalu.

Trump pada masa sama melahirkan keraguan terhadap jumlah kematian di negara berkenaan dengan beranggapan jumlah kematian sebenar jauh lebih tinggi dan dirahsiakan.

“Ia sepatutnya dihentikan di China sebelum ia merebak, tetapi ia tidak berlaku seperti itu dan sekarang seluruh dunia menderita.

“Jika ia merupakan satu kesilapan, kesilapan tetap kesilapan. Tetapi jika mereka sengaja bertanggungjawab, ya, maksud saya, maka pasti ada akibatnya,” kata Trump.

Trump turut mempersoalkan kebenaran dakwaan laporan berita Fox News yang mengaitkan penularan virus Covid-19 sebagai usaha China menunjukkan kemampuan mereka memerangi virus berkenaan kepada dunia.

Dakwanya lagi, Institut Virologi Wuhan yang disokong oleh negara China sejak dari awal menolak khabar angin bahawa virus itu dihasilkan di salah sebuah makmalnya atau mungkin dibawa keluar darinya.

Maka ujarnya, pentadbiran Amerika Syarikat sedang berusaha untuk mengenal pasti sama ada virus itu berasal dari makmal China.

Setakat ini, Amerika Syarikat merekodkan jumlah kes Covid-19 terbesar di dunia dengan lebih daripada 720,000 jangkitan dan lebih dari 37,000 kematian. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here