Covid-19: Ventilator dari China tiba malam ini

0
184
Alat bantuan kecemasan ini dijangka tiba malam ini dari China

CYBERJAYA – Sebanyak 94 alat bantuan kecemasan ventilator yang ditempah oleh Kementerian Kesihatan dari China akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam ini.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, ketika ini alat bantuan kecemasan itu dalam perjalanan dari Shanghai dengan menggunakan penerbangan MASKargo.

“Peralatan ini akan membantu menyelamatkan banyak nyawa dan ianya amat diperlukan oleh pasukan perubatan kita dalam berdepan pandemik Covid-19.

“Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin dan Konsulat Jeneral kita yang telah menjalin hubungan akrab bersama pihak berkuasa China seterusnya dapat mempercepatkan proses penghantaran peralatan yang berupaya membantu menyelamatkan nyawa ini ke Malaysia,” katanya menerusi satu hantaran dalam laman Facebook miliknya sebentar tadi.

Dalam pada itu, Ka Siong turut mengucapkan terima kasih juga kepada MASkargo dan kerajaan China kerana kecekapan, sokongan dan kepakaran mereka yang sangat berharga dalam saat negara memerlukan peralatan tersebut.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here