Dapur It’am sumbang juadah berbuka

0
81
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Sebanyak 72 masjid dan surau di Wilayah Persekutuan akan dijadikan Dapur It’am bagi penyediaan dan agihan juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad berkata, dengan peruntukan RM2.16 juta, masakan itu akan diagih-agihkan kepada penduduk setempat setelah siap masak dan dibungkus.


Katanya, pengoperasian hanya terhad kepada enam orang petugas yang menjaga jarak sosial mereka selain memakai sarung tangan, penutup hidung dan mulut serta topi menutup kepala.


Menurutnya, pengendalian dan operasinya akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan menitikberatkan penjagaan jarak bagi memastikan tiada penularan Covid-19.

“Selepas solat Asar, makanan dibungkus itu akan ada wakil untuk datang ambil tanpa perlu beratur dan diagihkan ke tempat atau taman masing-masing.

“Apa yang kita bajetkan adalah 72 masjid dan surau yang mengikut SOP dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Zulkifli berkata, kerajaan memperuntukkan RM2.16 juta bagi tempoh 30 hari dengan kos sebanyak RM1,001 sehari bagi setiap masjid atau surau.

“Program itu mampu membantu seramai 25,200 keluarga sehari atau jika satu keluarga ada empat orang akan menanggung 100,000 orang atau tiga juta orang sepanjang Ramadan.

“Program itu bertujuan membina hubungan keakraban dalam norma baharu,” katanya. – MBNews.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here