Darah bekas pesakit Covid-19 begitu berharga

0
292

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – “Kepada pesakit yang telah sembuh, darah anda sangat mahal dan boleh menyelamatkan lebih banyak nyawa.”

Demikian perkongsian dalam akaun Facebook seorang doktor di Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Samhan Awang.

Menurutnya, bekas pesakit Covid-19 diminta jangan takut dan menampil diri untuk menderma darah kerana mereka boleh dianggap sebagai wira negara.
Beliau juga memetik kata-kata sahabatnya yang mahu bekas pesakit tersebut tampil membantu pesakit Covid-19 lain.
“Selagi kau tak mati, takda sebab kau berhenti rawat orang. Kau patut syukur kau positif Covid-19!’,” luah sahabat Dr. Ahmad Samhan.

Beberapa hari lepas doktor itu sempat berbual dengan salah seorang sahabatnya  yang baru didiagnos positif Covid-19.

“Dia tertekan. Tak tahu dari mana punca. Dia cuma hilang deria bau. Makan tak rasa apa. Rasa nak demam tapi lepas telan dua biji panadol terus kebah. Buat ujian, positif!

“Siapa tak tertekan kalau positif. Tertekan kena kuarantin. Tertekan risaukan anak dan isteri turut dijangkiti. Tertekan mungkin keadaan diri akan jadi makin teruk,” kongsinya.

Kata sahabatnya lagi,“kau jadi doktor kau rawat pesakit. Kau jadi pesakit, kau tetap jadi doktor.”

“Apa maksud kau?”, balas Dr Ahmad Samhan.

“Kau tahu kan pasal plasma terapi? Kau muda, tiada penyakit. Kemungkinan kau sembuh tinggi. Darah kau sangat bernilai sebab mampu bagi peluang orang lain hidup”, kongsi sahabatnya.

“Aku tahu”, balas Dr Ahmad Samhan lagi.

Sehingga kini jelas Dr Ahmad Samhan,  belum ada vaksin Covid-19 ditemui tapi namun satu kaedah untuk merawat pesakit Covid-19 iaitu terapi plasma.

Menurutnya, apabila virus ini masuk ke dalam badan, badan akan menghasilkan antibodi.

“Antibodi ini kekal didalam plasma darah pesakit setelah sembuh. Di Korea Selatan, dua warga emas positif Covid-19 dan dalam keadaan kritikal beransur pulih setelah diberi rawatan terapi plasma,” katanya.

Dr. Ahmad Samhan berkata, di Malaysia sehingga hari ini seramai 2,108 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang serta ada antara mereka ada telah dipanggil untuk menderma darah plasma.

Katanya, darah mempunyai dua komponen iaitu darah merah dan plasma.

“Apa yang kita perlukan adalah plasma manakala darah merah kita pulangkan, jadi penderma tiada rasa kekurangan darah. Kita akan menggunakan plasma bekas pesakit itu untuk merawat pesakit lain.

“Sebarkan informasi bermanfaat ini kepada rakan anda kerana mungkin ada dalam kalangan mereka terpilih untuk derma darah tapi takut untuk tampilkan diri,” kongsinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here